Friday, April 16, 2010

10 Sebab Perlu Tolak Zaid Ibrahim di Hulu Selangor!!!

1. Zaid memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan DEB sebagai konsep atau dasar perkauman yang sudah ketiggalan zaman. Lantaran itu, apakah maknanya jika pengundi di Hulu Selangor, mengundi beliau sebagai calon MP atas tiket mewakili kaum Melayu, andaikata beliau sendiri bersikap anti-ketuanan Melayu? Bukankah itu bermakna para pengundi Melayu di Hulu Selangor ditipu hidup-hidup oleh PKR?

2. Zaid terbukti seorang yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tulen. Beliau sanggup melompat parti dan masuk PKR atas prinsip yang tidak jelas. Seperti yang kita sedia maklum, PKR merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang konkrit. PKR seperti lalang - sehingga sekarang kita masih tidak tahu pendirian PKR berhubung banyak isu, umpamanya isu kalimah Allah, isu 16 September, isu Anwar Ibrahim terlibat dalam organisasi pelobi Yahudi antarabangsa, isu Hukum Hudud dengan PAS, Hak Keistimewaan Orang Melayu, isu dasar DEB, isu dasar Bahasa Melayu, isu Malaysia Malaysian dan banyak lagi - semua ini menjelaskan PKR merupakan sebuah parti tiada pendirian dan hanya pandai meneguk di air keruh. Mana-mana isu yang menguntungkan, maka segeralah mereka bertempik dan melolong ke sana ke mari, seolah-olah merekalah juara rakyat, juara kaum India, juara kaum Cina, juara kaum Melayu, juara penganut agama Buddha, juara penganut Kristian dan pelbagai juara lagi.

Hakikatnya mereka tiada prinsip dan pendirian! jika ini wajah hodoh PKR, maka ia samalah juga dengan Zaid - manusia yang tiada pendirian. Melompat ke sana dan ke mari - lebih baik jadi seperti Zulkifli atau Zaharin - apabila tidak bersetuju, terus jadi calon bebas! Soalnya, apakah orang yang tiada prinsip seperti Zaid ini hendak kita pilih sebagai wakil rakyat di Hulu Selangor? Hanya orang yag tiada mata hati sahaja yang akan memilihnya.

3. Apakah PAS sudah lupa siapakah individu yang bertanggungjawab mengheret Hukum Allah ke Mahkamah? Walaupun ketika itu Zaid merupakan ahli UMNO, Nah! sekarang apakah dosa beliau itu telah gugur? Semata-mata kerana beliau sudah menjadi ahli PKR yang bersekongkol dengan PAS? Apakah segala caci-maki dan umpat-keji yang dilemparkan oleh PAS terhadap Zaid pada suatu ketika dahulu boleh dilupa begitu sahaja? Di mana prinsip PAS dalam hal ini? Dan pernahkah PAS bertanyakan kepada Zaid apakah prinsip beliau berhubung pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia? Masihkah beliau berani menolaknya? Lantaran itu, PAS tidak wajar menyokong Zaid!

4. Zaid bukan orang Hulu Selangor! Beliau tidak kenal pun Pak Ngah, Ayah Ngah dan penduduk-penduduk di Kampung Menyuruk di Hulu Selangor pun. Hakikatnya beliau tidak akan tahu masalah orang Hulu Selangor. Secara logiknya, tak kanlah orang Hulu Selangor masih mahu memilih calon yang bukan dalam kalangan pemimpin-pemimpin PKR di kawasan tersebut. Zaid orang luar. Dan beliau tidak layak mewakili penduduk Hulu Selangor! Mana perginya Dr Halili dan Ketua Pemuda PKR? Mereka jauh lebih layak daripada Zaid. Lagi pun Zaid terlalu muda perjuangannya dalam PKR. Belum diuji dan teruji kesetiaannya. Boleh jadi Zaid bisa sahaja melombat menjadi MP bebas!

5. Penduduk Hulu Selangor tidak memerlukan seorang yang popular dan dibelit dengan pelbagai kontroversi. Zaid merupakan individu yang kaya dengan kontroversi - malah, beliau merupakan kroni rapat Anwar dalam PKR. Kaedah pemilihan wakil rakyat ala-Anwar Ibrahim adalah berpaksikan kepada populariti seseorang individu tertentu - sedangkan pada hakikatnya rakyat menginginkan wakil rakyat yang boleh bekerja dan rapat dengan mereka di peringkat akar umbi.

6. Pemilihan Zaid dilakukan oleh Anwar Ibrahim secara solo, tanpa berunding dengan PAS dan DAP, maka, jelaslah semangat setiakawan sememangnya tiada dalam Pakatan Rakyat - ia hanya slogan yang cuba mengaburi mata rakyat! Oleh itu, Zaid harus ditolak.

7. Tujuan utama pemilihan Zaid adalah untuk menarik undi kaum Melayu, tetapi malangnya, jiwa Melayu yang dimiliki Zaid sangat tipis - jika konsep Ketuanan Melayu sanggup dikatakan sebagai pembaziran sumber, tenaga dan masa, maka apalah yang diharapkan lagi oleh kaum Melayu di Hulu Selangor daripada Zaid? Apakah beliau akan membela dan mempertahankan kepentingan orang Melayu di Hulu Selangor? Saya fikir tidak.

8. Zaid merupakan ahli UMNO yang terbuang. Tak kan penduduk Hulu Selangor masih mahu memilih "orang yang terbuang" sebagai wakil rakyat mereka.

9. Zaid tidak berapa rapat dengan akar umbi PKR di Hulu Selangor. Lantaran itu, beliau tidak memperoleh sokongan kuat daripada ahli PKR akar umbi.

10. Sehingga kini, PAS masih belum dapat memastikan pendirian Zaid berhubung Hukum Hudud. Apakah beliau bersetuju dilaksanakan di negara ini atau pun tidak. Oleh itu, PAS menyokong sesuatu yang tidak pasti. Ahli-ahli PAS perlu menolak Zaid di Hulu Selangor! Selain itu, majoriti ahli-ahli PKR di Hulu Selangor telah menolak Zaid! Mereka tidak menerima Zaid sebagai calon MP di sana. Jadi, Zaid mesti ditolak.


Orang Hulu Selangor...renung2 kanlah!!!

No comments:

Post a Comment