Monday, December 22, 2008

Lawatan Ke Parlimen


Pada 16 Disember 2008 yang lalu, beberapa orang ahli puteri Titiwangsa bersama-sama rombongan ahli Wanita Bahagian telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia.

Lawatan sambil belajar ini di adakan bagi memberi pendedahan dan peluang kepada mereka-mereka ini untuk melihat dengan lebih dekat situasi serta sessi berlansungnya persidangan di Dewan Rakyat & Dewan Negara. Lawatan tersebut bermula sekitar jam 11 pagi dan berakhir sekitar jam 1.30 hari,selepas sessi makan tengah hari bersama Menteri Wilayah.

Tuesday, October 14, 2008

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa Kuala Lumpur


Pada 11 Oktober 2008 yang lalu, pergerakan puteri UMNO Titiwangsa telah pun mengadakan persidangan mereka bertempat di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur. Pada persidangan tersebut,telah pun di adakan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi menggantikan AJK penggal yang sebelum ini.

Mesyuarat perwakilan puteri tersebut telah dirasmikan oleh Ayahanda Ketua Bhgn, YBhg Datuk Seri Suleiman Mohamed dan turut di hadiri oleh YBhg Datuk Hj Johari Abdul Ghani (Timb.Ketua Bhgn) dan YBhg Sdr Affendi Zahari (Naib Ketua Bhgn)


Penggal yang baru ini memperlihatkan Jawatankuasa yang di terajui oleh Saudari HAZARINA ZAINI selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa dan di ikuti oleh beberapa muka baru dalam jawatankuasa puteri bahagian.

Buat mereka yg tewas pada masa pemilihan jgnlah bermusuh kerana kita semua ibarat sebuah keluarga dan terimalah kekalahan dgn hati yg terbuka serta amalkan sikap membantu kepada generasi pemimpin yang baru...




Monday, October 13, 2008

Perwakilan-perwakilan puteri yang hadir.......

Nielah dia antara wajah2 perwakilan puteri yang hadir memeriahkan persidangan pewakilan puteri pada 11 Oktober lalu..





Perwakilan G2 2009....


Perwakilan puteri yang hadir bersama-sama AJK Bahagian ....

Sunday, September 21, 2008

Wajah-wajah puteri di Nur Ramadhan

Ni pulak wajah2 puteri yang hadir bagi menwarnakan lagi majlis sumbangan nur ramadhan pada 19 September 2008 lalu... Enjoy Ya...

Saturday, September 20, 2008

Majlis Nur Ramdhan





Alhamdulillah pada 19 ramadhan yang lalu, bersamaan 19 September 2008 telah berlangsung Majlis Sumbangan Nur Ramadhan & Berbuka Puasa di Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah di hadiri oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO Malaysia bersama isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Turut hadir bersama di majlis tersebut ialah Datuk Zulhasnan Rafique dan isteri serta pemimpin tertinggi UMNO Wilayah Persekutuan.

Pada majlis tersebut, Y.A.B Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan serta sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Pada majlis yang sama, wakil-wakil media TV3, The Star, Utusan serta beberapa lagi media dan publisiti turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kegirangan berbuka puasa bersama-sama pemimpin, di tambah pula dengan solat sunat terawih berjemaah dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemimpin UMNO serta masyarakat tempatan.


Dinyatakan dalam hadith Zaid bin Khalid dari Nabi (saw) baginda bersabda:

“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. “

(hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi). ,

Besarnye ganjaran memberi makan orang yang berpuase nih…hm..renung2kan..

Berikut adalah sebahagian dari mereka yang hadir…