Sunday, February 28, 2010

Makin ramai tinggalkan Pakatan Rakyat

Hari demi hari...makin ramai pemimpin PKR keluar tinggalkan parti..ini kerana??

1) Mereka hilang keyakinan kepimpinan parti yang terdiri dari mereka yang bermasalah

2) Mereka hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim.
3) Mereka melihat tiada hala tuju yang jelas dalam PKR mengenai kedudukan Islam dan agenda Melayu.
4) Kepemimpinan Angkatan Muda Keadilan tiada karisma dan personaliti menarik yang mampu menarik minat golongan muda.

Antaranya?????
- Chandra Muzaffar, Datuk Dr Zambry, Ezam Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Annuar Shaari, Zahrain


Kepada yang masih tak sedar2 tuh...sebabnya..diorang tak mengenali DSAI dgn dekat...tapi bila dah dekat....urmm....mereka juga akan bersama2 seperti yang di atas keluar dari parti....So??? nak tunggu sampai bila....sampai di pergunakan??? so better leave PKR now then late...


Dah lama benar rasanya tuan puteri meninggalkan arena penulisan ini kerana terlalu sibuk di persada kerjaya...kini 2010...tuan puteri bangkit semula dengan satu semangat baru demi mepertahankan maruah agama & bangsa!!

Siap sedialah semua dengan perjuangan kami yang baru.............

Thursday, February 25, 2010

Insan Cemerlang Ummah Terbilang - Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,

Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca...,

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 26 Februari,2010, kita bakal menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.....

SALAM MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH...


Wednesday, February 24, 2010

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH HASLINDA MOHD ZERAIN




Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa menyampaikan Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarhamah Haslinda Mohd Zerain iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ampang (mantan Exco Puteri UMNO Malaysia) yang telah kembali ke Rahmatullah akibat sakit jantung pada hari Rabu, 24hb Februari 2010,bersamaan 10 Rabiulawal 1431, pada jam 11.45 pagi.

Seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa mendoakan semoga Rohnya Allahyarhamah Haslinda Mohd Zerain, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatehah.