Tuesday, June 22, 2010

Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin menyertai UMNO??

Desas desus mengatakan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin akan menyertai UMNO bersama 100 ulama berkelulusan tinggi dijangka menyertai UMNO Jumaat ini.

Memetik kata-kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee itu berkata, Dr. Asri bukan tokoh istimewa yang perlu diberikan perhatian dan kesediaannya menyertai UMNO harus diperbesarkan.

“Pemimpin UMNO tidak perlu teruja dengan kesediaan beliau menyertai politik, mungkin dia akan menyertai UMNO atau PAS,” katanya.

Menurutnya, apabila seseorang individu yang pernah terjebak dalam isu kontroversi dan diagungkan dalam menyertai UMNO, seolah-olah menunjukkan parti sudah ketandusan pemimpin.

“Ini tidak baik kepada UMNO kerana tidak ada sesiapa yang perlu diberikan layanan istimewa sama ada dia doktor, mufti atau ahli perniagaan,” tegasnya.

Beliau berkata, kenyataan Dr. Asri kononnya beliau akan membawa bersama 100 orang ulama termasuk berkelulusan Phd menyertai UMNO masih boleh diragui.

Sebaliknya kata beliau UMNO wajar mengambil sikap berhati-hati kerana Dr. Asri pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi yang bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

“Kita khuatir apabila ada laporan mendakwa beliau dan pengikutnya dipercayai berusaha mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini dengan menyusup masuk ke dalam UMNO,” katanya.

Katanya, sama ada dakwaan itu benar atau fitnah, UMNO perlu berhati-hati dengan kesediaan beliau menyertai UMNO yang sebelum ini juga mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik kata-kata Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab. Rauf Yusoh yang menyebut bekas Mufti Perlis itu akan menyertai UMNO Bahagian Bukit Bintang di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ab. Rauf yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang dipetik sebagai berkata, kemasukan Dr Asri dan kumpulannya akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Menurut Syed Ali lagi, ketika isu panas Dr. Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, beliau telah mengadakan perjumpaan strategik dengan Nik Aziz di Kelantan.

“Malah Dr. Asri sering diundang mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan dan berita terbaru beliau akan menyertai UMNO merupakan sesuatu yang agak pelik,” ujarnya.

Dalam hubungan ini tegasnya, kenyataan pemimpin UMNO Bahagian Bukit Bintang itu dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai persepsi sama ada Dr. Asri mempunyai motif tertentu menyertai UMNO.

Kebimbangan itu kata Syed Ali, bukan bermakna menyekat mana-mana individu menyertai UMNO tetapi latar belakangnya perlu diperhalusi.

“Memang UMNO amalkan dasar buka pintu kepada semua orang Melayu, tetapi dalam situasi politik sekarang, kita perlu berwaspada dengan pelbagai bentuk muslihat musuh,” tegasnya.

Walau bagaimanapun...Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO tidak pernah menghalang atau menyekat sesiapa yang ingin menjadi ahli parti itu. ‘ UMNO tidak pernah menghalang sesiapa yang nak jadi ahli parti dan tidak kira Dr. Mohd Asri ke, (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang ke atau sesiapa sahaja, kita tak pernah sekat atau kata tidak boleh.

‘‘Lebih-lebih lagi kalau orang itu berpendidikan tinggi, berilmu dan berkemahiran kerana mungkin dengan penyertaan mereka itu, kita akan dapat memperkuatkan kedudukan parti dan perjuangan kita,” katanya.

Apapun, kami perjuangan sayap puteri Bahagian Titiwangsa mendoakan yang baik2 niat sebenar mereka menyerta parti, menghormati perjuangan parti dan pastinya menghormati maruah sesama bangsa melayu khususnya umat islam sendiri... Wallahualam..

Tuesday, June 1, 2010

Peletakkan jawatan Ayahanda Datuk Seri Dr. Sulaiman Mohammed



Peletakkan
jawatan Ayahanda kami,Datuk Seri Dr. Sulaiman Mohammed daripada jawatan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa sesungguhnya merupakan satu keputusan yang memeranjatkan dan diluar dugaan kami puteri-puteri Titiwangsa.

Ketokohan dan kempimpinan
Ayahanda Datuk Seri sebagai pemimpin politik yang di segani akan kami kenang dan sanjung sampai bila2. Ayahanda Datuk Seri mempunyai karismanya tersendiri, dan sepanjang empat penggal beliau menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa, Ayahanda Datuk Seri pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Penerangan dan Timbalan Menteri Kesihatan. Oleh sebab itu, kejayaan beliau menerajui UMNO Bahagian Titiwangsa lebih lima penggal merupakan satu rekod yang jarang berlaku terutama di Kuala Lumpur!!!!

Kini jawatan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa dipangku oleh Datuk Johari Ghani, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa

Dato Johari Ghani, walaupun merupakan seorang tokoh muda namun, mempunyai banyak pengalaman politik, dan turut mendapat sokongan padu daripada segenap peringkap kepimpinan UMNO di Bahagian Titiwangsa

Walau dalam apa jua situasi pun, sekali lagi kami warga puteri2 Titiwangsa ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala budi Ayahanda Datuk Seri dalam memimpin kami warga puteri sepanjang meniti arus politik Titiwangsa. Jasa dan budi Ayahanda akan kami kenang sampai bila-bila dan hingga ke akhir hayat kami. Sekali lagi kami seluruh warga Puteri Titiwangsa ingin menyatakan bahawa kami akan sentiasa mengenang jasa Ayahanda Datuk Seri!!


We Will Alway's Love You Ayahanda Datuk Seri!!!!