Tuesday, October 14, 2008

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa Kuala Lumpur


Pada 11 Oktober 2008 yang lalu, pergerakan puteri UMNO Titiwangsa telah pun mengadakan persidangan mereka bertempat di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur. Pada persidangan tersebut,telah pun di adakan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi menggantikan AJK penggal yang sebelum ini.

Mesyuarat perwakilan puteri tersebut telah dirasmikan oleh Ayahanda Ketua Bhgn, YBhg Datuk Seri Suleiman Mohamed dan turut di hadiri oleh YBhg Datuk Hj Johari Abdul Ghani (Timb.Ketua Bhgn) dan YBhg Sdr Affendi Zahari (Naib Ketua Bhgn)


Penggal yang baru ini memperlihatkan Jawatankuasa yang di terajui oleh Saudari HAZARINA ZAINI selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa dan di ikuti oleh beberapa muka baru dalam jawatankuasa puteri bahagian.

Buat mereka yg tewas pada masa pemilihan jgnlah bermusuh kerana kita semua ibarat sebuah keluarga dan terimalah kekalahan dgn hati yg terbuka serta amalkan sikap membantu kepada generasi pemimpin yang baru...




No comments:

Post a Comment